Thursday 18 April 2013

Supplement Shaklee berperanan untuk memperbaiki kesihatan…Produknya terdiri daripada bahan semulajadi (bukan sintetik) yang berfungsi secara semulajadi mengikut metabolism badan masing-masing…Produk SHAKLEE TIDAK MENGANDUNGI DADAH SINTETIK untuk menguruskan badan dengan cepat DAN TIDAK ADA HYDROQUINONE untuk memutihkan kulit dengan cepat…

Dan sebagai orang islam, kita wajib percaya yang produk SHAKLEE TIDAK MAMPU MELAWAN TAKDIR QADA’ DAN QADAR KETENTUAN ALLAH…JIKA ALLAH KATA SAKIT, MAKA SAKITLAH KITA…DAN JIKA ALLAH KATA MATI, MAKA MATILAH KITA…tapi apa yang paling penting, KITA WAJIB BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI KESIHATAN KITA UNTUK MEMUDAHKAN KITA BERIBADAT…WALLAHUA’LAM..





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.



Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665


Anda sering berasa lesu, tidak bermaya dan mengantuk? Balik kerja petang dah tak mampu nak buat kerja rumah mahupun melayan anak? Badan sering sakit dan mudah demam?

Itu petanda badan anda kurang vitamin dan nutrisi. 


==========================================
Cubalah Energy Booster Set yang terdiri dari Vitalea dan B Complex Shaklee
========================================== 

Kenapa Vitalea?

✦Kerana Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang lengkap dengan semua nutrisi dan zat penting untuk tubuh
✦ Memberikan kesihatan menyeluruh untuk tubuh
✦ Badan anda lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit
✦ Membekalkan tenaga berpanjangan
✦ Stamina lebih baik dengan Vitalea






Kenapa B Complex?


✦ Kerana B Complex membekalkan tenaga segera pada badan
✦ B Complex berupaya mengurangkan stress
✦ B Complex juga meredakan sakit-sakit saraf pada badan
✦ B Complex juga membantu mencantikkan kulit anda dan kulit akan kelihatan 'glowing'


Kenapa biarkan diri anda keletihan walhal banyak kerja yang perlu anda bereskan???



Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665







Tuesday 16 April 2013

ESP + ALFAFA => Kombinasi MANTOPPP!!! ♥  DOUBLE MILK BOOSTER TERBAIKK!!!  ♥

Kenapa ESP + Alfafa ?
=> memperCEPATkan penghasilan SUSU & meMEKATkan SUSU IBU.
=> ESP merupakan MILK BOOSTER terbaik yang merupakan PROTEIN SOYA
=> breast sentiasa PENUH dengan ESP
=> bayi CEPAT kenyang & JARANG menyusu dengan KERAP
=> perubahan boleh dirasai seawal MINGGU PERTAMA jika ibu KONSISTEN mengepam & MINUM air 3L sehari

Kesan pengambilan DOUBLE MILK BOOSTER => ESP + ALFAFA
1) menCANTIKkan kulit, hilang jeragat & jerawat
2) mengurangkan keputihan
3) menghilangkan kedinginan selepas bersalin
4) mengurangkan alergic & resdung
5) menganjalkan lebihan perut dan bhgn bdn yg kendur
6) menghilangkan keletihan seharian
7) memulihkan dalaman wanita
8) memberi kepuasan seksual yang berganda
9) sbg detoks dan mengurangkan berat badan
10) menegangkan, memberi kesan pinkish kpd payudara

*Pilihan TEPAT bagi ibu-ibu yang tidak suka makan banyak supplemen dan hanya mahukan MILK BOOSTER sahaja!!!.








Untuk Info & Order :
Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 892532

Email : juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp : 012 6559665



SUSU IBU ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semula jadinya untuk bayi manusia. Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang TERBAIK. Para saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu. 


Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya. 

Kebenarannya ialah, walau sebanyak mana yang dibelanjakan oleh syarikat susu formula ini bagi 'penyelidikan dan perkembangan', produk mereka tidak langsung hampir dengan susu ibu (bagaimana boleh disamakan susu lembu dengan susu ibu!) - satu pemikiran logik yang mudah untuk melihat kebenarannya! 

Jom susukan anak anda :).






Wednesday 3 April 2013

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan  apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.

Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk  menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi  anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya  perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan  susu perahan dengan orang lain.

Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih  mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.




Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665


Tuesday 2 April 2013

Oleh: EDITORIAL PA & MA
Tarikh: 23 November 2012

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
·     Meningkatkan tahap tenaga
·     Meningkatkan sistem imun tubuh
·     Menguatkan tulang
·     Kesihatan mata dan penglihatan
·     Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
·     Wanita hamil dan menyusu anak
·     Pengamal diet yoyo
·     Perokok
·     Pengamal vegetarian
·     Pemnium alkohol yang kerap
·     Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
·     Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
·     Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.



Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 6559665

Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. 

Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.

Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.





Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665



Harini saya nak kongsi info mengenai nutrisi penting semasa kehamilan dan penyusuan. Jom baca artikel dibawah ni...

================================================================================

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

================================================================

Antara cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat

1. ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.

2. Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.


3. B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.


4. Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]


~ credit www.mamafaiz.com ~

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 6559665









Mom's Marvelous Milk (3m). Mmg marvelous pun kan? Set ini selalu mendapat permintaan tinggi. Buat yang baru nak mengenali Set 3M ni, ia sebenarnya terdiri daripada :

1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi
- untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

2. B complex 
- lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

3. Vitamin C 
- membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

4. Alfalfa
- raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung

5. Kalsium@ Ostematrix 
- Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
- Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
- Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

6. ESP @ Energizing Soy Protein 
- Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
- Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.






Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665