Thursday 20 June 2013

1. Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.


2. Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

3. Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.

4. Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.

5. Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.

6. Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

7. Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.

8. Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.



Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.



1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.
INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran

Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. 

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.

Wednesday 19 June 2013

"Salam, just nak share experience sebelum dan selepas makan ESP. Saya start consume ESP lebih kurang 14 hari lepas bersalin. Time tu ambil Set Penyusuan + Set Slimming. Gambar 1st tu time baby 3 hari, gambar bawah tu lebih kurang umur sebulan. Kulit tak berapa nak cerah sangat hehe. Habis 1 canister saya stop sebab malas nak minum. Then saya perasan susu saya drop dan baby asyik bangun banyak kali tengah malam mintak susu. Lebih kurang seminggu macam tu saya beli lagi 1 canister. Saya perasan yang lepas minum balik, baby dah tak berjaga malam dan susu makin pekat. Bangun pagi minum tak yah breakfast dah sebab kenyang. Malam sebelum tido memang confirm minum sebab tak nak baby berjaga malam mintak susu. 

Gambar yang pakai baju merah tu baby baru masuk 5 bulan, tak silap ESP yang ke 2 dah. Yang sebelah tu gambar 7 bulan, dan yang latest 10 bulan, canister ke 4. Gambar atas sebelah gambar baru lahir, perbezaan dari segi warna kulit kat baby. Ramai yang tegur dia makin putih tapi saya buat tak tau. Bila belek gambar-gambar lama baru nampak beza dia. Ramai yang cakap tak boleh minum soya sebab nanti anak kulit sensitif. Tak perlu risau kot, Basic H kan ada. Tiap-tiap kali mandi letak setitik, kulit elok, demam pon tak datang dekat. Setakat ni alhamdulillah 1st time baby demam masa dia umur 8 bulan. Panas sangat badan. Lepas berendam dalam air Basic H, dengan izin Allah turun suhu dia, syukur sangat.
Sekarang si kecik ni suka try minum Ribena + ESP yang saya buat untuk husband. Husband pun dah wajib minum ESP malam-malam, dia cakap pergi keje nanti tak penat macam sebelm ni. Yg penting 1 canister tu tahan 2 bulan walaupun 2 orang minum tiap-tiap hari. InsyaALLAH nak ambil Meal Shake pulak untuk baby sebab ada offer bulan ni :D".

Credits: SGL Pn. Nurhafiza Zahari



Untuk Info & Order: 
Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665


Tuesday 18 June 2013

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).


2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Monday 17 June 2013

"Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi :(. Tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.


Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelum-sebelum ni, setakat 1-2 tu biasalah kan. Yeay! kakak-kakak pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir-akhir ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)
Gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements.Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices.":) 

Credits : Wajihah Rashid


Cadangan Set Kecantikan Shaklee 
Untuk Info & Order: 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665




"Salam. Saja nak share pengalaman consume Set Kehamilan Shaklee. Saya pregnant anak pertama dan saya tak tau perbezaan antara yang consume dan tak consume shaklee, tapi masa bersalin hari tu saya kena induce, memang senang sebab tak sampai 2 jam rasa sakit dah bersalin. Doktor dengan sister sendiri bagitau yang saya senang bersalin. Nak kata rasa sakit bersalin tu lagi sakit rasa sembelit. Tak sakit sangat la kot sebab kalau dengar cerita kawan-kawan semua ngeri-ngeri. 

Lepas bersalin nurse suruh susu kan baby. Alhamdulillah susu ade. Anak 1st orang kata susu susah nak keluar tapi saya ok. Sambil menyusu ada nurse tu bagitau bersih anak awak, putih. Yang ni tak leh nak komen jugak sebab saya rasa baby memang keluar putih kan? Bab yang bersih tu lagi la saya tak tau bersih dari segi apa. 

Sekarang ni nak bagi baby menyusu pun tak boleh leka takut baby tersedak. Banyak kali dah minum sampai terbatuk-batuk dia, susu laju sangat..kesian...dan hari ni hari ke-14 berpantang dan saya terus consume pulak Set Berpantang add on Lecithin. Harap-harap boleh kurus balik".

Credit : SGL Erin Nurdin


Untuk Info & Order: 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 6559665





Saturday 15 June 2013

"Saya gembira kerana hari ke-3 kak long (anak sulung saya) ambil Mealshake, dia mampu bertahan menyiapkan kerja rumah sampai pukul 10 malam. Sebelum ini dia amat penat sekolah pagi dan petang. Lepas maghrib tentu lena di mana saja letak kepala.


Alhamdulillah, moga kak long makin cergas dan cerdas. Moga gatal-gatal kulit pun akan makin elok. Dah tak tergaru-garu setiap kali nak tidur.

Umur anak Sal 7 tahun.  Jom kita kenalkan Mealshake untuk mereka yang tersayang!".

Credit : SGL Pn. Salwa Kamarudin


Untuk Info & Order: 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665


"Salam semua.Nak share sikit kegembiraan degan kawan-kawan SGL semua.Saya baru habis berpantang.

Semasa dalam pantang agak teruk prestasi susu masa mengepam. Nak dapat 1oz pun gigih la, 30minit pam pun belum tentu dapat. Hampir kecewa untuk meneruskan niat untuk exclusive BF.


Tapi dengan sokongan kawan-kawan para ibu, saya teruskan dengan power pumping, kerap bagi direct feeding.

Alhamdulillah saya berjaya juga buat stok walaupun belum banyak.Sekarang sekali pam boleh dapat 5oz ~ 9 oz. Bersyukur sangat.Saya maintain dengan Alfalfa +ESP + Vitalea + B Complex + Ostematrix +Lecithin.Bangun tengah malam untuk mengepam pun badan bertenaga keesokan hari. Syukur padaMu".

Credit : SGL Pn. Sabarina's Syahrul

Untuk Info & Order: 
Zuliana Hamdan
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665
Friday 14 June 2013
" Saya baru sahaja lepas melahirkan bayi yang pra matang 32minggu pada 6hb 10 2012. Saya mengalami masalah PIH dan terpaksa dibedah. Anak saya lahir dengan berat 1.85kg tetapi disebabkan baby dimasukkan ke NICU berat baby jatuh ke 1.6kg. Sangat sedih tapi setelah di perkenalkan Set Berpantang & Set Penyusuan 3M alhamdulilah berat baby naik ke 2.6kg lepas 2 minggu pengambilan. Hope saya boleh teruskan penyusuan sehingga 2 tahun untuk anak saya secara ekslusif ".

Credit : SGL Pn. Qaseh Iffat Chenytha Lee

Antara produk-produk Shaklee yang diamalkan oleh beliau iaitu Set Berpantang terdiri daripada B Complex, Vitalea, Vita-C dan Zinc.

Beliau juga mengamalkan Set Penyusuan 3M yang terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Vita-C, Ostematrix dan Alfafa.


Untuk Info & Order: 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665



Wednesday 12 June 2013

Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?

Tomato
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari.  Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.  Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut.  Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A.  Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel.  Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Telur
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung.  Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Sumber : Pa & Ma

1. Kebiasaannya bayi berusia 6 bulan ke atas mengalami kembung perut. Layurkan 2 helai daun sirih dan barutkan pada perut bayi.

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

3. Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi. 
4. Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut. 

5. Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya. 

6. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
Friday 7 June 2013

1.) Dia bekerja dengan Allah.. Jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali

Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Dipersilakan Share 
Thursday 6 June 2013

"Salam, setelah sekian lama saya dah bersedia nak share testimoni diri sendiri. Ehem malu pun ada.

Picture before taken masa May 2012, baru start amik Set B. Teruk sangat muka, merah dan bengkak-bengkak. Jerawat on and off. Bila period lagi la kuar macam buh baja.
Berkat kesabaran, saya nak maintain dengan Shaklee juga. So saya maintain dengan Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa,  dan ESP untuk kulit. 

Supplement lain saya ambil Omega Guard dan Ostematrix. Pada saya Alfalfa yang paling banyak membantu saya dari segi jerawat dan alahan pada makanan laut. Kebaikan lain, bab lawas jangan cakap la, ekzema pun settle".

Credits : SGL Pn. Syarina Trading

Antara Vitamin-vitamin yang diamalkan oleh Puan Syarina :
Untuk Info & Order :
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665






"Dah masuk 2 minggu bagi Ariff mealshakes. So, apa progress dia?

Sebab bancuh dalam susu dia, makin kerap pulak dia minum susu. Bila rasa sendiri, patut la susu dia jadi lebih sedap. Dia asyik nak makan. Selera terbuka agaknya.
Selalunya musim panas macam ni, Ariff kurang nak minum air tapi badan dia berpeluh. So, badan akan jadi kurang air dan akan sembelit. Tapi sekarang, dah tak sembelit. Minum air pun banyak, kadang-kadang sampai tukar pampers sehari 5-6 keping

Sekarang nak monitor berat dia pulak. So far berat dia around 10kg. Tapi tak nampak kurus sebab isi badan dia pejal. Overall, perubahan yang positif. Alhamdulillah".

Credits : SGL Pn. Yana Hime



Untuk Info & Order :
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665









Wednesday 5 June 2013

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan mudah bancuh yang rendah lemak dan rendah-glycemic.

Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein.

Bagi kanak-kanak yang kurang makan, meal shake adalah alternatif terbaik yang boleh diberikan oleh ibu-ibu yang mementingkan tentang kesihatan anak-anak. Ini kerana apabila anak-anak kurang makan maka anak-anak berkemungkinan akan mengalami kekurangan zat dan seterusnya membantut perkembangan dan tumbesarannya. Oleh itu meal shakes amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.


Setiap bancuhan Meal Shakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin / galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Yang paling bagus pasal Meal Shakes ni adalah ianya naturally nutrition, great taste, noartificial flavor, colors, sweeteners or preservaties added.

Selain daripada ianya sesuai untuk anak-anak yang kurang makan ianya juga sesuai untuk anak-anak yang sembelit dan anak-anak yang selalu mengalami masalah kesihatan seperti demam dan selsema. Juga sesuai utk ibu-ibu mengandung,menyusu,mereka-mereka yang inginkan kulit cantikingin kekal sihat especially yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Meal shakes ini datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang lazat.

Semua hasil penggunaan meal shakes seperti yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang telah menggunakan meal shakes dan mereka telah berkongsi pengalaman mereka ini kepada orang lain.
Jom kita baca antara testimoni ibu-ibu yang amat berpuas hati dengan pengambilan meal shakes….

Puan Husni
"Salam Kak Ira, ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit? Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif. Since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni. Jd sy pon try, Alhamdulillah, semiggu lepas cuba, dh nmpak beza dia. Tiap2 hari buang air besar. And bowel movement pon smooth je, perut dh x buncit (hehe, kalau buncit pon sbb minum air byk). And 7oz tu mcm xckup je, sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu. Sy pulak, dulu nk minum susu punye lah susah. Bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minum (hehe.. exaggerate) Sedaap! Thanks, nnti nk beli, buat bekal puasa." 

Puan Lia
"...Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau." 

Puan Cda
"...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata." 

Puan Ina
"Alhamdulillah. dengan Meal shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Guard Shaklee... (sedap dikunyah begitu sahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalu tgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya." 

Puan Ayu
"AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake, Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat." 

6 fakta menarik tentang Mealshakes:
1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


So, apa lagi bulan ni promosi Meal Shakes...Jom borong... :). Berikan makanan tambahan terbaik untuk anak-anak anda. Anak-anak adalah amanah dan ujian daripada Allah s.w.t... 




Untuk Info & Order :
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892532
Email: juriz1981@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 6559665