Tuesday 16 April 2013

SUSU IBU ialah cecair yang dihasilkan secara fisiologi yang secara semula jadinya untuk bayi manusia. Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang TERBAIK. Para saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu. 


Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya. 

Kebenarannya ialah, walau sebanyak mana yang dibelanjakan oleh syarikat susu formula ini bagi 'penyelidikan dan perkembangan', produk mereka tidak langsung hampir dengan susu ibu (bagaimana boleh disamakan susu lembu dengan susu ibu!) - satu pemikiran logik yang mudah untuk melihat kebenarannya! 

Jom susukan anak anda :).






0 comments: